Friday, February 4, 2011

RAYUAN KEPADA YAB MENTERI BESAR PAHANG



Kepada 


YAB. Dato' Seri Adnan Yaakkob 
Menteri Besar Pahang
Wisma Sri Pahang 
25502 Kuantan.
5hb,February 2011


Salam YAB, Dato Seri,

MASJID KAMPUNG KUALA SAT
JALAN DALAM KAMPUNG KUALA SAT

Kami amat sayu bila mendengar rayuan bekas ketua kampung Kuala Sat  Encik Sidik Mahusin menjadi ketua kampung Kuala Sat Mukim Hulu Tembeling sejak 15 tahun yang lampau lampau, menjangkau 4 kali pilihan raya, akhirnya meletakan jawatan kerana tidak mampu lagi menanggung tekanan masyarakat kerana tidak berjaya membawa sebarang perubahan kepada penduduk.

Setiap kali pilihan raya, dijanjikan masjid baru menggantikan masjid yang dhaif dibina ala kadar dari kayu sejak 50 tahun yang silam. Wakil rakyat bertukar ganti, janji juga bertukar ganti setiap kali datang wakil rakyat dan pembesar-pembesar, mereka menaruh harapan baru. Namun tidak juga kunjung tiba.

Jalan didalam kampung juga amat penting kerana ia memudahkan mengangkut hasil usaha penduduk ke pinggir sungai untuk dimuatkan kedalam bot sungai dibawa kebandar Jerantut. Jika tidak ada jalan kampung tersebut maka hasil tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna, penduduk menanggung kerugian.

Kami berpendapat bahawa permohonan masyarakat Kampung Kuala Sat mengutamakan dua projek itu sangatlah mustahak didahulukan dan diyakini tidak terlalu membebankan kewangan kerajaan. Kami merayu kepada YAB Dato Seri, berilah muka kepada penyokong tegar BN diHulu Tembeling itu. Insha Allah sokongan mereka tidak berbelah bagi.

Kenyataan akhbar dibuat oleh bekas ketua kampung itu ( utusan 4-2-2011) dibuat secara terbuka kerana hilang arah dan tiada lagi tempat mengadu semoga mesej itu sampai kepada YAB Dato' Seri yang mentadbir negeri Pahang.

Semoga dengan rayuan ini akan mendapat sokongan YAB Dato Seri.


            t.t
MUARASAT


S.K


YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia.


nota
muarasat medium suara rakyat Jarantut