Friday, November 12, 2010

SURAT KEPADA YAB MENTERI BESAR PAHANG




KEPADA YAB DATO SERI DIRAJA HAJI ADNAN YAAKOB
MENTERI BESAR PAHANG
WISMA SRIS PAHANG
25502 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Salamu alaikum Dato' seri

PEROJEK PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT SECARA PENGSWASTAAN.

Terlebih dahulu kami mendoakan agar YAB Dato' Seri sihat sejahtera hendaknya.

Kami difahamkan projek diatas, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas lebih kurang 15 ekar dibandar baru Jerantut yang didalamnya terdapat stesen bas lama, pasar lama, dataran majlis, kawasan pasar malam sekitar pasar,  tanah tapak ekspo dekat Tok Kong China dan lain-lain sekitarnya.

2. Tanah tersebut telah diluluskan kepada Syarikat Grandmas Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari  Goh Seng Kam, Haji Rosdi Awang Sulong, Rahmat Yusuf dan seorang lagi nama melayu yang tidak dikenali.   Dibelakang Goh Seng Kam ada seorang wakil Rakyat dan dibelakang dibelakang Dato Haji Rosdi dan Rahmat juga ada seorang wakil rakyat.  Ketiga-tiga mereka adalah proksi sahaja.

3.  Kami dimaklumkan juga syarikat grandmas telah bertukar tangan atau telah dijual kepada orang lain yang bukan orang Jerantut.  65%  seorang China dan 35% seorang melayu. 

            ISU YANG TIMBUL

Kami juga diberi tahu pelan pembangunan telah diluluskan. Dewan perniagaan china Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya setesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan kebawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi sekarang  supaya tidak dipindahkan dan dikekalkan ditempat lama.

Dataran Jerantut dihadapan  bangunan pejabat Majlis Daerah Jerantut sekarang, merupakan pusat aktiviti sosial dalam bandar seperti tempat berhimpun malam kemerdekaan, hari kemerdekaan, persembahan kebudayaan, aktiviti golongan muda/belia serta pentas ceramah-ceramah agama dan pasar ramadhan setahun sekali akan dimusnahkan untuk pembangunan The Mall.

Rakyat Jerantut sudah mula bising dengan pemusnahan kawasan dataran lapang tersebut. Ura-ura akan diadakan demonstrasi besar-besaran ditempat itu nanti jika diteruskan.

(3).  Setesen Bas baru akan dibuat tiga tingkat. Bahagian bawah adalah hentian bas.  Tingkat  dua dan tiga lot-lot perniagaan untuk peniaga kecil dianggarkan 160 orang peniaga boleh dimasukan. Semua peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan direban sekali disitu. Gerai-gerai mereka dipersekitaran itu akan diroboh dan diganti dengan bangunan kedai mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu.Nanti kalau mahu lihat melayu hanya pergi jenguk keperhentian Bas. Ini semua rancangan Dato' Lau Lee yang anti melayu itu mengikut pegawai-pegawai majlis daerah.

(4) Kami difahamkan juga kedai-kedai yang akan dibina tiga dan empat tingkat dengan harga 600,000 hingga 1,000,000 keatas. Berdasarkan bandar baru Indera pura dan bangunan yang dibina atas tapak taman dibandar baru sekarang, orang melayu tidak mampu membeli kerana harga 600,000 ketas sebuah kedai dua tingkat.

                         KESAN.

Pemilikan harta melayu dibandar Jerantut peratusannya sangat kecil hanya boleh tahan dari Pulau Pinang. Orang Melayu tidak mampu membeli harta tersebut.  Pada satu ketika dahulu  PKNP di ikuti oleh IKIP telah membina bangunan, orang melayu mampu membelinya. Hanya itu sahaja yang masih tinggal pada orang melayu.

Kami telah bertanya kepada UMNO Bahagian Jerantut, Pegawai-pegawai kanan diPejabat Daerah Jerantut serta Ahli-ahli Majlis Jerantut mengapa dibenarkan jadi begini ?. Mereka kata mereka tidak ada kuasa. Kuasa melulus adalah kuasa MB dan Exco sahaja buat keputusan.

Sekarang kami ingin tanya YAB Dato' Seri, apa rasionalnya kerajaan negeri meluluskan pembangunan yang orang melayu tidak mampu berkongsi sama ?. Tidak kerajaan terfikir suatu hari nanti melayu tenggelam dalam hutan batu bukan milik mereka. Sedangkan melayu hanya mampu mendirikan khemah-kemah dicelah bangunan tersebut dan dijadikan anjing oleh majlis bandaran dikejar dan diburu walaupun untuk kais pagi makan pagi,kais petang makan petang?.

Apakah Kerajaan negeri tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku diPulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan lain-lain hingga tidak bersela ?.   BACA SINI.  Apakah kerajaan negeri mahu?. Tidak kah kerajaan terfikir untuk menjaga masa depan melayu dan generasi akan datang hingga tidak dapat bertenang dan tidak cukup tanah untuk dibangunkan sekarang?. Mahukah Dato' Seri menjadikan sama Jerantut ini dengan Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan, majoriti melayunya tidak sampai 55peratus sedikit masa lagi?.

Pepatah Hang Tuah melayu tak hilang didunia boleh dipakai kah sekarang?. Kami tidak menyalahkan YAB Dato' Seri dalam hal ini. Mustahil YAB Dato' Seri tahu semua kerana banyak perkara besar yang mustahak difikirkan.  Tetapi kami percaya 'kertas cantik' sampai kemeja Dato' Seri hingga Dato' Seri minat untuk meluluskannya.

Dato' Seri,  ada moral disebalik kertas cantik itu. Sekarang orang jerantut sudah mula bercakap 'soal main cantik buat duit' mereka-mereka yang diamanahkan. Blog ADUN Tahan telah membongkar cerita ini secara terbuka. Dato' Seri baca ke?. Tentu tidak. Dato' Seri tidak minat pada IT. Orang lama tidak minat dengan media baru.

RAYUAN

Adalah lebih baik projek ini ditangguh untuk diteliti lebih dalam dan Dato' Seri mendengar banyak pihak dahulu. Lebih dihormati lagi jika boleh ' batalkan' sahaja. Kerana jika diteruskan perkara ini jadi panjang dan mungkin ada yang terpaksa turun naik kemahkamah dalam usia bersara.

Sekiranya diteruskan juga tanpa mendengar pandangan rakyat, (1) setesen bas hendaklah dikekalkan dilokasi sekarang. (2) Dataran Majlis jangan dimusnahkan. ( 3) tidak mengurung peniaga-peniaga kecil melayu seperti reban ayam daging. Biar mereka berniaga dibanyak lubuk. Gerai-gerai harus menjadi sumbangan syarikat itu.  (4) kedai-kedai yang diluluskan bangunannya jangan lebih dari dua tingkat untuk memberi peluang mampubeli orang melayu. (5) pembangunan mengikut fasa-fasa dalam tempuh tidak kurang 10 tahun.

Sebaik-baiknya projek ini dibatalkan untuk menyelamatkan mereka  penyamun tarbus ternama diseret. Cina-cina Jerantut sekarang sangat ghairah merebut tanah-tanah dibandar ini. Mereka mohon lulus sebab ada 'pemain cantik' dibelakangnya.

Kami minta maaf kepada Dato' Seri kerana memilih untuk membuat lapuran dan rayuan ini dalam media kerana kami mahu suara kami didengari oleh ramai orang.  Projek  Kami tidak ada ruang untuk bersuara. Kami bukan pemimpin UMNO, Bukan Ahli Majlis dan bukan Wakil rakyat. Jadi kami jadikan laman ini sebagai dewan mulia bagi kami. Isu projek silang BACA SINI

Diatas keprihatinan YAB Dato Sri  kami ucapkan terima kasih. Wassalam

Sekian.


        tt

anak jati jerantut

sk
YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

melalui SU Akhbar PM
( baca dan sampaikan kepada PM}

6 comments:

oRang kAmpong said...

Bukan semua melayu tak mampu beli mungkin ada juga melayu yg mampu tapi jgnlah bg lot yg memang takada komersial valeu.contohnya lot belakang.lot depan dgn end lot bg ke kroni utk di sewakan mamak nasi kandar.rasanya kemampuan individu mungkin terhad tapi kwn percaya kerajaan negeri akan mengarahkan badan2 kepentingan melayu utk membeli dahulu bg pihak melayu.yg selalu di praktikkan ditempat lain badan2 kepentingan melayu ni xd hanya dpt lot belakang yg tak berapa komersial.kwn rasa lg utk melayu memiliki aset sebegini mungkin tak timbul masaalah sgt sekiranya badan2 yg di amanahkan menjaga kepentingan melayu ni xd bertindak secara profesional maksudnya dia blh berfikir dan bertindak mcm org niega betoi.kesimpulannya pd penulis semua org syg pd bangsa melayu.klu kita xbuat sekarang kita nak tunggu bila lg.xkan nak halang kemajuan pulak.awak rasa org melayu xblh beli org lain rasa pulak mungkin dia blh beli.kwn ada sorang kwn melayu org Jerantut dia ada 2 biji kedai di Sg Petani.tempat org tu wehhh.

chenerong ular said...

Salam,kita bukan cuba untuk menghalang kemajuan, tetapi jika di fikirkan harga kedai yang di bangunkan di depan kedai lknp di tapak taman lama,bangunan 2 tingkat mencecah rm600 ribu lebih, memang tak di nafikan ada melayu yang mampu untuk membeli, tapi berapa kerat sahaja yang mampu ?. Memang melayu yang mampu akan membeli, kita tau ramai juga melayu yang kaya di jerantut ini, pokoknya mereka mereka sahaja yang dapat membeli hartanah tersebut.

Jika ada sekali pun badan badan kepentingan melayu yang sanggup membeli hartanah yang mahal kemudiannya baru lah di berikan atau di jualkan kepada individu melayu, rasanya tak praktikal juga ?. Apa kata jika kita cadangan kan anak syarikat kerjaan negeri atau agensi di bawah kerjaan pusat memngambil alih pembangunan hartanah tersebut dan membuat usahasama dengan Majlis Daerah Jerantut, dari kita memberikan pada badan badan untuk menjaga kepintingan melayu ?, jadi kosnya tidaklah semahal jika swasta membangunkan atau di beli oleh badan badab menjaga kepentingan melayu ?.

Maaf lah saya pun tak berapa arif sangat,tapi niat kita supaya majoriti peniaga peniaga melayu terbela dan mampu memiliki atau menyewa hartanah yang dibangunkan, kita tak mahu 2 atau 3 orang sahaja melayu yang kaya raya yang mampu membeli hartanah bernilai hampir mencecah rm 1 juta.

fikir fikirkan lah...WASALLAM

Airmudik said...

Jangan dengar orang kampong itu tali barut. Dia cerita fasal kawan dia mampu beli kedai kat sungai petani bukan di jetrantut. Poraaah lah.

oRang kAmpong said...

Salam MS.kwn xsangkalah pulak isu projek ni rupanya hebat sgt didebatkan mcm tu 1x.kwn nengok blog WZWH dan blog SPU pun mengulas isu yg sama.kwn secara peribadinya mohon maaf bebanyak ngan aok.kwn sekedar bercakap atas org kg betoi yg lansong xtau hel keadanya percaturan politik disebalik projek tu.mungkin kwn silap kerana bercakap dr sudut segelintir melayu sajer dan kwn akui suara kwn xdak mewakili keseluruhan melayu.utk pengetahuan deme kwn memang org temeloh dan xkenal sape2 pon kat Jantut.Ku Lan xkenai.dato Wan Mizan xkenai.dato Azizan kwn kenai dia xp kompom dia xkenai kwn.kwn kenai dia pon bab bini dia org Temeloh.dato Sukri kwn kenai itu pon kes ngantar cucu bersunat kat klinik dia hak temeloh tu.dia pon kompom xkenai kwn.bukannya benda kwn nak ngaborkan yg bercakap semlm xada memehak kesape2.kwn betoi berckp atas kapasiti seorg kampong yg baru pandai nengok blog dan ngantar komen.Sampaikan salam kwn pd Chenerong ular,Airmudik,WZWH dan SPU.Klu ke temeloh jomlah join ngeteh tel lah dulu ini no kwn 010 0000007 nomboi james bond tu.he he he he gurau ckit ngan deme.

Anonymous said...

MB Pahang DS Adnan:)Saya kenal MB ni:)...malas nak komen banyak nanti tak dok pasai pasai saya kena saman malu:)

Anonymous said...

Kena ambik tindakan la.. Ni kadang2 org melayu yang jadi barua nya.. Tempat kawan di Muadzam pun sama juga.. sekarang org dh kecoh.. Yang bangunkn tempat/ kawasan tu org kuat politik Melayu@UMNO, sepatutnya dia kena brjiwa ke'melayu'an la skit.. ni projek dia bagi cha ya nun alif buat.. bila nak jual pun dia bagi cha ya nun alif jual@ jd broker.. bila dh mcm ni melayu xmerasa apa2.. kawasan kat tepi masjid Muadzam tu boleh kata semua nya cha ya nun alif yg conquer..

Kita bukan menghalang nak bawak pembangunan.. tapi tolong2 la fikirkan survivor bangsa sendiri.. ni pandai nyanyi lagu warisan.. 'HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN, PRIBUMI MERINTIH SENDIRI..' tapi bila berdepan dengan duit, dia pulak jd barua nya..

Sedih2.. Bercakap tentang kepentingan melayu berdegar2.. tapi bila ambil tindakan, kepentingan melayu jatuh nombor berapa pun x tahu.. yang penting, yang utama.. 'DUIT' semata2.. Kepentingan bangsa? Jawabnya ; Lantak la..