Tuesday, September 21, 2010

13 MEI 1969 AKAN BERULANG- TENGKU AZLAN


Jerantut 21 Sept.2010 - Tengku Azlan menegaskan "13 Mei 1969 akan berulang jika antara kaum mempertikaikan apa yang digariskan oleh perlembagaan. Setiap kaum boleh menyuarakan hak masing-masing tetapi jangan pertikai hak kaum lain".

Berucap diMajlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat daerah didewan Majlis Jerantut mengingatkan semua kaum harus berhati-hati dan memelihara perpaduan demi kemakmuran negara.

"Malaysia sentiasa membela nasib semua kaum dinegara ini tidak ada yang terkecuali termasuk puak minoriti. Kaum lain mesti menerima orang melayu adalah mojoriti, dan  peribumi asal negara ini" katanya lagi.

Tambahnya lagi " tidak mungkin kaum minoriti dapat memerintah dengan baik sekiranya kerajaan BN yang nama asalnya Perikatan, kata sepakat antara kaum dizaman Tengku Abdul Rahman ditolak oleh rakyat negara ini. Contohnya diAfrika, akhirnya pemerintahan puak minoriti menguasai majoriti tidak aman dimana akhirnya ditentang oleh rakyat". 

Majlis yang dihadiri oleh 1000 orang itu meriah dengan persembahan berbagai kaum. Pegawai Daerah Jerantut serta kakitangan kerajaan menjadi tuan rumah Majlis itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama menjayakan program tersebut.

1 comment:

SPU said...

Sila letakkan link SPU dar blog ini, tq